50 tahun UTM

????? ??????? ??? ?? ?????

Pada 14 Mac 1972, DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah mengisytiharkan penubuhan Institut Teknologi Kebangsaan di bawah Seksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971. En. Ainuddin Abdul Wahid (Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin Abdul Wahid), yang sebelumnya menjadi Pengetua Maktab Teknik, telah dilantik menjadi Rektor ITK yang pertama.

Untuk memantapkan dan melicinkan urusan pentadbiran ITK, tiga jawatan utama telah diwujudkan iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan.

ITK mempunyai tiga buah fakulti yang utama, iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Seni Bina dan Fakulti Ukur. Selain itu, sebuah pusat pengajian bertaraf fakulti juga ditubuhkan, iaitu Pusat Pengajian Sains dan Kemanusiaan.

Fakulti Kejuruteraan merupakan fakulti terbesar di ITK dan mempunyai tiga buah jabatan, iaitu terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Jentera dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Sementara itu, Pusat Pengajian Sains dan Kemanusiaan pula mewujudkan tiga buah jabatan, iaitu Jabatan Fizik, Jabatan Hisab (Matematik) dan Jabatan Kimia.

ITK mengalami perkembangan yang pesat pada tahun 1975. Nama ITK telah bertukar secara rasmi kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.

Sehubungan dengan itu, jawatan Rektor ITK juga telah dinaikkan taraf kepada Naib Canselor UTM. Untuk menguatkuasakan peruntukan dalam AUKU (Pindaan) 1975, seorang Timbalan Naib Canselor telah dilantik untuk bertanggungjawab bagi perkara tatatertib dan lain-lain aspek mengenai hal ehwal pelajar.