LOGO SAMBUTAN 50 TAHUN UTM

LOGO

RASIONAL LOGO 50 TAHUN UTM

ANGKA 50 merupakan genap 50 tahun UTM mencapai taraf sebagai universiti terulung di Malaysia. Angka 50 turut menjadi simbolik kekuatan, kematangan dan kesuburan kehidupan.

Tahun 1972-2022 menghayati nostalgia sejarah tertubuhnya UTM bermula dari tahun 1972.

Emblem UTM dikelilingi bulatan berwarna emas merupakan lambang sains dan teknologi dalam memacu kecemerlangan, mengukuhkan pembangunan dan seterusnya mensejahterakan kehidupan.

Percikan warna merah, jingga dan maroon melambangkan pancaran sinar kecemerlangan UTM dalam 360 darjah (iaitu ke seluruh dunia) bagi membangunkan manusia melalui pendidikan berkualiti tinggi dan kecemerlangan inovasi, serta pemantapan kolaborasi industri dan komuniti dalam memperkukuh impak penyelidikan untuk kemakmuran sejagat.

Slogan “KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA” melambangkan semangat kebersamaan seluruh warga UTM dalam mensejahtera kehidupan (iaitu manusia, flora dan fauna), dan terus melakar kecemerlangan di persada dunia adalah berpaksikan kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

Footer / Bending Line UTM 50 Tahun 

VIDEO PELANCARAN LOGO SAMBUTAN UTM 50 TAHUN

PANDUAN REPRESENTASI LOGO SAMBUTAN

Sebarang persoalan berkaitan penggunaan logo boleh disalurkan ke emel Seksyen Hal Ehwal Korporat di corporate@utm.my. Terima kasih.